Di
USM, saya sangat rapat dengan rakan-rakan dari pasukan futsal varsiti saya.
Saya akui yang saya tidak mempunyai ramai kawan dari Pusat Pengajian saya. Saya
juga tidak tinggal di desasiswa dan ini membuatkan lebih sukar untuk saya
mencari kawan. Tambahan pula, di dalam major kewangan, saya merupakan
satu-satunya pelajar Melayu lelaki. Bukannya saya memilih, atau rasis, tetapi tiada common ground yang ada di antara kami yang boleh membuatkan kami
rapat.
Oleh sebab itulah saya lebih rapat
dengan rakan-rakan dari pasukan futsal. Walaupun kami dari Pusat Pengajian yang
berlainan, namun latar belakang, passion
dan karekteristik kami yang hampir identikal membuatkan saya mudah rapat dengan
mereka. Sukan futsal juga penting dalam mendefinisikan kehidupan saya di USM.
Segala komitmen, keringat dan masa saya dicurahkan kepada pasukan.
Kadang-kadang akan ada pertandingan futsal di luar USM yang mengambil masa
sehingga seminggu. Jadi kebanyakan masa akan di luangkan bersama rakan pasukan
saya.
Saya juga mempunyai seorang kekasih,
Laila. Kami sudah dua tahun dalam hubungan. Buat masa ini, hubungan kami
berjalan agak baik. Tetapi kehidupan berpasangan tidak selalunya lancar. Jika
saya hendak mendeskripsikan Laila dari konteks perhubungan, Laila ialah seorang
yang ‘senang dapat, tapi susah maintain’
(saya harap Laila tidak baca tugasan ini!).
Kami menjadi sepasang kekasih hanya
selepas seminggu berkenalan. Selepas beberapa bulan dalam perhubungan saya
mendapati bahawa Laila sangat emotionally
volatile. Beliau boleh suka satu benda dan dalam beberapa minit, dia akan
bertukar menjadi tidak suka kepada benda tersebut. Beliau juga agak clingy terhadap saya dan ini membuatkan
saya agak penat untuk melayan karenahnya.
Selepas mengambil minor psikologi,
saya mendapati antara faktor yang membuatkan Laila menjadi begitu mungkin
kerana dia mempunyai daddy issues dan abandonment issue. Ibubapanya bercerai
pada usia yang muda dan bapa Laila mengabaikannya setelah berpisah dengan
ibunya. Jadi secara tidak langsung saya bertindak sebagai surrogate dalam perhubungan ini.
Rakan-rakan
pasukan futsal saya merupakan common
bond group saya. Common bond group ialah kumpulan yang berinteraksi secara
muka ke muka dan setiap ahli di dalamnya mempunyai pertalian di antara satu
sama lain. Selain keluar dan melepak bersama, kebanyakan masa kami dihabiskan
di gelanggang futsal untuk berlatih. Satu perkara yang unik yang disedari
jurulatih kami ialah, kami sering bermain di bawah potensi sebenar sedangkan
jika diberikan ujian kecergasan individu, setiap pemain menunjukkan tahap
kecergasan yang tinggi.
Ini adalah berpunca daripada social loafing, di mana kami akan akan
memberikan output kerja yang berkurangan apabila seseorang bekerja di dalam
kumpulan. Untuk mengatasi masalah ini, jurulatih kami telah mencipta satu
formasi taktikal di mana setiap pemain perlu berlari dan berada di suatu tempat
pada satu-satu masa. Jika serangan atau formasi kami tidak menjadi, kami boleh
mengenalpasti siapakah di antara kami yang tidak melakukan larian, sekaligus
dapat mencegah social loafing.
Bermain dalam satu pasukan yang sentiasa
dahagakan kejuaraan, kebanyakan rakan-rakan saya di dalam pasukan ini tergolong
dalam type A behavior pattern.
Mereka mempunyai tahap kompetitif yang tinggi dan agresif. Tahap persaingan
yang tinggi dalam pasukan kami membuatkan kami sering terlibat dalam pergaduhan
dengan pihak lawan. Kadang-kadang kami yang akan memulakan provokasi,
adakalanya pasukan lawan yang melakukan provokasi. Sebagai ahli pasukan yang
paling tua dan selaku kapten pasukan, saya selalu dipertanggungjawabkan oleh
jurulatih untuk mengawal emosi rakan-rakan dan menenangkan keadaan.
Namun, dalam perlawanan yang
berintensiti tinggi, saya sendiri yang akan hilang kawalan dan akan
bertindakbalas terhadap provokasi atau ejekan. Apabila bermain dalam perlawanan
penting, maruah dan nama baik seakan dipertaruhkan. Ini dipanggil culture of honor di mana ia ialah
sebuah budaya yang mengatakan bahawa tindakbalas norma yang biasa terhadap
ejekan ialah agresi.
Seperti yang disebut dalam bahagian
pertama, kekasih saya, Laila merupakan seorang yang emotionally volatile. Dia juga boleh menukar fikiran beberapa kali
dengan cepat. Sebagai contoh, sekiranya pada pukul 8 pagi dia memberitahu yang
dia akan ke kelas, pada pukul 9 pagi pula dia akan memberitahu saya bahawa dia
tidak mahu pergi ke kelas langsung pada hari itu. Kebiasaannya apabila perkara
sebegini terjadi, saya akan melakukan teknik foot-in-the-door.
Teknik ini memerlukan saya membuat
permintaan yang kecil pada mulanya dan beralih kepada permintaan yang lebih
besar kemudian. Sebagai contoh, pada mulanya saya akan memujuk Laila untuk
pergi ke kelas pertama sahaja. Apabila kelas yang pertama selesai, saya akan
cuba pula memujuk Laila untuk ke kelas kedua. Pelbagai alasan yang akan saya
berikan kepadanya seperti ‘tutor mengambil kedatangan’ atau ‘temankan saya ke
kelas’.
Tanpa dia sedari, akhirnya dia
berjaya menghadiri semua kelas untuk hari tersebut. Saya juga sedar yang saya
tidak boleh menyalahkan Laila untuk pergi ke kelas, kerana Laila ialah seorang
pelajar yang bijak. Mungkin dia berasakan bahawa dia boleh mendapat input yang
lebih banyak dengan belajar sendiri di biliknya. Di sinilah saya mengambil peluang
untuk melakukan upward social comparison.
Saya akan cuba membandingkan diri saya dengan orang yang lebih baik
daripada saya dalam sesuatu. Sebagai contoh, dalam bidang akademik, saya akan
membandingkan diri saya dengan Laila. Dari situlah saya dapat belajar sedikit
sebanyak tentang perubahan dan penambahbaikan yang boleh saya lakukan dalam
diri saya.
Akhir sekali, selepas dua tahun
dalam perhubungan yang matang, saya mempelajari untuk menukar gaya perhubungan
saya kepada communal approach.
Communal approach mengatakan bahawa setiap pasangan hendaklah cuba memenuhi
keperluan pasangannya tanpa mencari keseimbangan faedah. Ini adalah kerana saya
selalu berkira (walaupun tidak disuarakan) dengan apa yang saya sumbangkan
terhadap perhubungan, seolah-olah saya yang membuat lebih banyak sumbangan
daripada Laila. Sedangkan Laila juga banyak memberikan sumbangan dalam
perhubungan ini. Cuma sifat narsisistik saya yang tidak mahu mengakuinya.
Tetapi syukur kerana masih belum terlambat untuk saya menyedari dan
menghargainya.