Friday, October 4, 2013

kaki merapik

Now I know I havent been able to blog much nowadays. School works are piling on me at the moment. Will write again when I have the time. In the mean time, just read this copy-paste psychology social assignment I made last semester. Note that these are purely fictional. I dont like to fight and I dont know any Laila in my life. I got an A on this paper, so it pays to be a penglipurlara. ;-) Here goes.

Di USM, saya sangat rapat dengan rakan-rakan dari pasukan futsal varsiti saya. Saya akui yang saya tidak mempunyai ramai kawan dari Pusat Pengajian saya. Saya juga tidak tinggal di desasiswa dan ini membuatkan lebih sukar untuk saya mencari kawan. Tambahan pula, di dalam major kewangan, saya merupakan satu-satunya pelajar Melayu lelaki. Bukannya saya memilih, atau  rasis, tetapi tiada common ground yang ada di antara kami yang boleh membuatkan kami rapat.

            Oleh sebab itulah saya lebih rapat dengan rakan-rakan dari pasukan futsal. Walaupun kami dari Pusat Pengajian yang berlainan, namun latar belakang, passion dan karekteristik kami yang hampir identikal membuatkan saya mudah rapat dengan mereka. Sukan futsal juga penting dalam mendefinisikan kehidupan saya di USM. Segala komitmen, keringat dan masa saya dicurahkan kepada pasukan. Kadang-kadang akan ada pertandingan futsal di luar USM yang mengambil masa sehingga seminggu. Jadi kebanyakan masa akan di luangkan bersama rakan pasukan saya.

            Saya juga mempunyai seorang kekasih, Laila. Kami sudah dua tahun dalam hubungan. Buat masa ini, hubungan kami berjalan agak baik. Tetapi kehidupan berpasangan tidak selalunya lancar. Jika saya hendak mendeskripsikan Laila dari konteks perhubungan, Laila ialah seorang yang ‘senang dapat, tapi susah maintain’ (saya harap Laila tidak baca tugasan ini!).

            Kami menjadi sepasang kekasih hanya selepas seminggu berkenalan. Selepas beberapa bulan dalam perhubungan saya mendapati bahawa Laila sangat emotionally volatile. Beliau boleh suka satu benda dan dalam beberapa minit, dia akan bertukar menjadi tidak suka kepada benda tersebut. Beliau juga agak clingy terhadap saya dan ini membuatkan saya agak penat untuk melayan karenahnya.

            Selepas mengambil minor psikologi, saya mendapati antara faktor yang membuatkan Laila menjadi begitu mungkin kerana dia mempunyai daddy issues dan abandonment issue. Ibubapanya bercerai pada usia yang muda dan bapa Laila mengabaikannya setelah berpisah dengan ibunya. Jadi secara tidak langsung saya bertindak sebagai surrogate dalam perhubungan ini.

Rakan-rakan pasukan futsal saya merupakan common bond group saya. Common bond group ialah kumpulan yang berinteraksi secara muka ke muka dan setiap ahli di dalamnya mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Selain keluar dan melepak bersama, kebanyakan masa kami dihabiskan di gelanggang futsal untuk berlatih. Satu perkara yang unik yang disedari jurulatih kami ialah, kami sering bermain di bawah potensi sebenar sedangkan jika diberikan ujian kecergasan individu, setiap pemain menunjukkan tahap kecergasan yang tinggi.

            Ini adalah berpunca daripada social loafing, di mana kami akan akan memberikan output kerja yang berkurangan apabila seseorang bekerja di dalam kumpulan. Untuk mengatasi masalah ini, jurulatih kami telah mencipta satu formasi taktikal di mana setiap pemain perlu berlari dan berada di suatu tempat pada satu-satu masa. Jika serangan atau formasi kami tidak menjadi, kami boleh mengenalpasti siapakah di antara kami yang tidak melakukan larian, sekaligus dapat mencegah social loafing.

            Bermain dalam satu pasukan yang sentiasa dahagakan kejuaraan, kebanyakan rakan-rakan saya di dalam pasukan ini tergolong dalam type A behavior pattern. Mereka mempunyai tahap kompetitif yang tinggi dan agresif. Tahap persaingan yang tinggi dalam pasukan kami membuatkan kami sering terlibat dalam pergaduhan dengan pihak lawan. Kadang-kadang kami yang akan memulakan provokasi, adakalanya pasukan lawan yang melakukan provokasi. Sebagai ahli pasukan yang paling tua dan selaku kapten pasukan, saya selalu dipertanggungjawabkan oleh jurulatih untuk mengawal emosi rakan-rakan dan menenangkan keadaan.

            Namun, dalam perlawanan yang berintensiti tinggi, saya sendiri yang akan hilang kawalan dan akan bertindakbalas terhadap provokasi atau ejekan. Apabila bermain dalam perlawanan penting, maruah dan nama baik seakan dipertaruhkan. Ini dipanggil culture of honor di mana ia ialah sebuah budaya yang mengatakan bahawa tindakbalas norma yang biasa terhadap ejekan ialah agresi.

            Seperti yang disebut dalam bahagian pertama, kekasih saya, Laila merupakan seorang yang emotionally volatile. Dia juga boleh menukar fikiran beberapa kali dengan cepat. Sebagai contoh, sekiranya pada pukul 8 pagi dia memberitahu yang dia akan ke kelas, pada pukul 9 pagi pula dia akan memberitahu saya bahawa dia tidak mahu pergi ke kelas langsung pada hari itu. Kebiasaannya apabila perkara sebegini terjadi, saya akan melakukan teknik foot-in-the-door.

            Teknik ini memerlukan saya membuat permintaan yang kecil pada mulanya dan beralih kepada permintaan yang lebih besar kemudian. Sebagai contoh, pada mulanya saya akan memujuk Laila untuk pergi ke kelas pertama sahaja. Apabila kelas yang pertama selesai, saya akan cuba pula memujuk Laila untuk ke kelas kedua. Pelbagai alasan yang akan saya berikan kepadanya seperti ‘tutor mengambil kedatangan’ atau ‘temankan saya ke kelas’.

            Tanpa dia sedari, akhirnya dia berjaya menghadiri semua kelas untuk hari tersebut. Saya juga sedar yang saya tidak boleh menyalahkan Laila untuk pergi ke kelas, kerana Laila ialah seorang pelajar yang bijak. Mungkin dia berasakan bahawa dia boleh mendapat input yang lebih banyak dengan belajar sendiri di biliknya. Di sinilah saya mengambil peluang untuk melakukan upward social comparison. Saya akan cuba membandingkan diri saya dengan orang yang lebih baik daripada saya dalam sesuatu. Sebagai contoh, dalam bidang akademik, saya akan membandingkan diri saya dengan Laila. Dari situlah saya dapat belajar sedikit sebanyak tentang perubahan dan penambahbaikan yang boleh saya lakukan dalam diri saya.

            Akhir sekali, selepas dua tahun dalam perhubungan yang matang, saya mempelajari untuk menukar gaya perhubungan saya kepada communal approach. Communal approach mengatakan bahawa setiap pasangan hendaklah cuba memenuhi keperluan pasangannya tanpa mencari keseimbangan faedah. Ini adalah kerana saya selalu berkira (walaupun tidak disuarakan) dengan apa yang saya sumbangkan terhadap perhubungan, seolah-olah saya yang membuat lebih banyak sumbangan daripada Laila. Sedangkan Laila juga banyak memberikan sumbangan dalam perhubungan ini. Cuma sifat narsisistik saya yang tidak mahu mengakuinya. Tetapi syukur kerana masih belum terlambat untuk saya menyedari dan menghargainya. 

1 comment:

  1. Hard Rock Casino Hotel - MapyRO
    Hard Rock Hotel in Montville, 오산 출장안마 North Carolina has 시흥 출장샵 596 rooms 부산광역 출장마사지 and suites, 2,144 ft2, and has 대전광역 출장안마 a total of 4,800 창원 출장샵 slot machines, over 30 table games,

    ReplyDelete