Wednesday, February 16, 2011

Running Man

Sebagai seorang penganggur berjaya yang tidak menyumbang kepada KDNK negara, aku mempunyai banyak masa. Sama ada di rumah atau di luar rumah, masa aku banyak dihabiskan dengan memikirkan bagaimana untuk menghabiskan masa saya. Lalu timbullah pelbagai idea-idea bernas seperti mencipta lagu, berniaga dan bermain foolsball di first avenue. Tetapi masalahnya, perkara-perkara yang disebut tadi memerlukan modal, yakni duit.

Dan menjadi penggangur yang berjaya tidak menolong aku sedikit pun dalam menambahkan dana yang dipegang. Oleh itu aku hanya boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan tetapi percuma. Aku membuat keputusan untuk memuat turun pelbagai jenis filem dan drama untuk ditonton. Aku mulakan kempen muat turun dengan memuat turun cerita-cerita klasik seperti Silence of The Lamb, The Rainman dan Gremlins. Betapa gembiranya apabila dapat menonton filem-filem ini dalam bentuk HD di komputer sendiri.

Hendak dipendekkan cerita, sekarang ni aku tengah layan Running Man. Ia ialah sebuah program variety yang diterbitkan tahun lepas dan sekarang sudahpun menjangkau 27 episod. Selama ini aku akui tak banyak variety show yang betul-betul 'kuat' selepas Family Outing 1. Tetapi penantian selama setahun berakhir dengan kemunculan semula orang kuat FO1 dalam running man iaitu Yoo Jae Suk dan Kim Joong Kok. RM ialah sebuah variety show berunsurkan permainan Hide and Seek.

Front: Ji Hyo, Gary, Lizzy, Haha. Back: Gwang Soo, Jaesuk Joong Ki, Suk Jin, Joong Kok

Setiap minggu ahli-ahli tetap RM beserta tetamu jemputan akan berkumpul di satu-satu landmark sekitar Korea untuk bermain. Kebiasaannya mereka akan berkumpul pada waktu malam ketika landmark itu sudah ditutup kepada orang awam. Antara landmark-landmark yang mereka sudah melakukan penggambaran ialah:


SBS Broadcasting Group

Suwon World Cup Stadium
Seoul Tower.

Sebelum memulakan Misi Utama iaitu Hide and Seek Game, mereka akan memulakan beberapa Side Mission dulu. Peserta/Kumpulan yang menang akan diberikan sebiji running ball. Begitu juga dengan misi utama, pemenang juga akan diberikan dengan running ball. Running ball penting untuk mengelakkan hukuman di penghujung permainan kelak. Jadi lagi banyak bola yang dikumpul seseorang, lagi tinggi kebarangkalian untuk peserta mengelak dari dikenakan hukuman, sebab bola-bola milik masing-masing akan diundi keluar secara rawak.

Selepas itu bermulalah acara utama RM, iaitu Hide and Seek. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Mission Team dan Chaser Team. Permainan ni lebih kurang macam kejar-kejar lah. Sistem permainan dia dah cantik, ditambah dengan cast-cast celebrity yang betul-betul click memang confirm pecah gelak. Seperti program-program variety lain yang berunsurkan spontan dan realiti, RM pun ada kelemahannya yang tersendiri. Tapi seperti FO1, over time the program has really improve.

And most importantly, it makes people laugh. That's what counts. Okay takmau cakap banyak, memang aku rekemen tengok kalau bosan-bosan taktau buat apa kat rumah. Tehee. Boleh download cerita ni kat Isubs or ambik kat aku. Tehee. Ai saun setupit fani wen i tok in meleis.

No comments:

Post a Comment