Monday, June 3, 2013

The boy who cried wolf (Part 1)

Hai semua! Nama aku 'ustaz'. Aku pun lupa macam mana nickname tu lekat dengan aku. Mungkin disebabkan masa awal-awal aku belajar di universiti ni, aku selalu suka pakai snowcap. Aku rasa macam aku dah abes stylo la time tu. Tapi rupa-rupanya aku silap. Snowcap yang aku selalu pakai pegi kelas tu bentuk die macam kopiah turki, jadi member-member aku start panggil aku 'ustaz' sampailah sekarang. Tak glam langsung. Aku bajet dengan kestyloan aku diorang nak panggil aku Joe ke, Bob ke  tapi lain plak jadinya.

Aku nak cita pasal kehidupan aku semasa aku second year dulu di universiti ni. Nak dijadikan cerita, masa aku second year, aku tak ditawarkan untuk tinggal di hostel. Mungkin sebab aku tak aktif dan tak join extra curricular activities kot. Kat uni aku kena kumpul point. Kalau join events atau involve dalam activities dapat la point. Lagi tinggi or banyak point ko, lagi tinggila peluang ko untuk dapat tinggal kat hostel. Tapi aku asyik mengular ja dan sibuk main dota, memang lah aku takda masa nak join tu suma. Lagipun aku ni ala2 apa omputeh selalu cakap tu, 'too cool for school'.

So nak tak nak, terpaksalah aku menyewa rumah kat luar. Aku fikir elok jugak aku stay kat luar. Takda curfew, boleh keluar ikut suka hati and boleh pasang astro and streamyx. Duduk luar ni kira kena la dengan lifestyle aku. Jadi aku pun post kt fb group cari potential housemate. Time tu lah aku kenal budak-budak rumah aku, lima orang semuanya. Kami sume lain-lain course, tapi yang bestnya umur kami sebaya. Dan lagi best, tiga orang daripadanya ada kereta. So senangla nak travel atau buat apa-apa sekali.

Life kat rumah sewa memang best. Pegi main futsal pagi-pagi buta sekali. Tengok bola at the comfort of our house, internet laju, ada kitchen sendiri kalau sapa-sapa nak masak, so it was perfect lah. Until budak-budak rumah aku start ada girlfriend. Time tu la masing-masing dah start buat hal masing-masing. And time tu lah diorang start bawak girlfriend diorang masuk rumah. Sampai up to a point tu aku rasa macam girlfriend-girlfriend dorang pun menyewa sekali. Aku dah start perasan ada product2 kecantikan kat toilet cabinet. Aku start perasan their undies and shirts kat dalam washing machine. Dan dah jadi kebiasaan la untuk dorang masuk bilik aku ikut suka diorang tanpa ketuk dan mintak nak pinjam barang.

Don't get me wrong, aku enjoy their company. Aku takdak masalah pun dengan awek-awek diorang. For once aku rasa seronok sebab aku ada gang nak tengok cita-cita yang kurang manly seperti 'ANTM', 'Masterchef Celebrity', 'Desperate Housewife', 'Gossip girls' dan lain-lain lagi. Tapi lama kelamaan aku dah start fedup dah. Fed up dengan pinggan mangkuk yang tak bercuci, fed up dengan barang-barang aku yang hilang dan fed up apabila lama-kelamaan, aku dianggap seperti the third wheel of the gang. Seolah-olah macam aku yang menumpang atau bersetinggan kat sana.

Of course, peranan aku sebagai 'ustaz' dalam group pun menjadi punca kemelut. Aku dah mula sedar adalah tidak manis untuk anak-anak dara (kot) tinggal sekali dengan anak-anak teruna (kot jugak) dan ia merupakan antara dosa-dosa besar dalam Islam. Okaylah fine, aku akui, aku ada la jugak perasaan jeles tu sebab aku sorang ja yang takdak awek. Kalau aku ada awek, mesti aku tak fed up punya sbb aku pun nnt join sekaki. Eh, mana boleh macam tu. Astaghfirullah. Tapi kemungkinan itu ada la.

To be continued part 2

No comments:

Post a Comment